Kuantan: Usia mereka baru belasan tahun, namun tiga remaja lelaki ini sudah ‘pakar’ melakukan jenayah pecah kenderaan di sekitar Taman Tas di sini, sejak tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pembabitan remaja berusia 13, 14 dan 16 tahun yang dipercayai anggota Geng Mamat itu dalam jenayah berkenaan terbongkar selepas mereka ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di taman perumahan sama, petang kelmarin.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awam, anggota daripada Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Jaya Gading menahan suspek pertama berusia 16 tahun pada jam 3.30 petang di sebuah rumah di Taman Tas, di sini.
“Hasil soal siasat, suspek berusia 16 tahun itu mengaku terbabit dalam kes pecah kereta di sekitar Taman Tas bersama dua orang lagi rakannya,” katanya.
“Suspek turut menyerahkan hasil barang yang dicuri kepada polis sebelum mengaku barangan itu hasil daripada kegiatan pecah 10 kenderaan sekitar taman berkenaan,” katanya.
Abdul Aziz berkata, suspek kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan susulan dan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.
- HM
No comments:
Post a Comment