SHAH ALAM - Syarikat Trendcell Sdn Bhd yang merupakan pemilik pasaraya, Grocer mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam terhadap tuduhan mencatut dalam perniagaan, Januari lalu.
Syarikat itu yang diwakili Pengarahnya, Ting Pooi Guan, 59, membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.
Ia didakwa gagal mematuhi Peraturan 2(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Harga Dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) ( Margin Keuntungan Bersih) 2014 dengan menjual kacang bendi dan menaikkan margin keuntungan dari RM3.10 kepada RM9.70
Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis Jaya Grocer di Lot C8, Ground Floor, Block A, Bangi Gateway Shopping Complex, Bandar Baru Bangi di antara 3 hingga 20 Januari 2015.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Tay Lee Ly dan Aida Farihan.
Pasaraya itu yang merupakan pasaraya pertama didakwa di mahkamah diwakili peguam, V Kalearasu.
Mahkamah menetapkan 9 Jun sebutan semula kes.
-SH
No comments:
Post a Comment