Sunday, 10 May 2015

Kongsi Gelap, Teguran Mantan Ketua Polis Negara Perlu Diberi Perhatian Serius

Tan Sri Musa Hassan secara terbuka meluahkan kebimbangan beliau tentang gejala kongsi gelap seolah-olah semakin berani 'membeli' anggota keselamatan negara.

Secara konsisten mantan Ketua Polis Negara ini mengeluarkan kenyataan berkenaan isu yang boleh mencemarkan integriti pasukan keselamatan negara iaitu rasuah yang semakin berleluasa.

Bukan pertama kali Tan Sri Musa Hassan mengeluarkan kenyataan bahawa perlunya memerangi aktiviti kongsi gelap secara berterusan dan tidak hanya melakukan tindakan bermusim.

Malaysiancrime pernah beberapa kali mengeluarkan artikel mengenai kekebalan kumpulan kongsi gelap. Kebal dalam menjalankan perniagaan pelacuran dan juga aktiviti judi online sehinggakan premis mereka tidak pernah diserbu oleh pihak berkuasa. Apakah ada unsur rasuah di sini?

Menurut sumber, premis kongsi gelap yang diketuai oleh 'Ah Bee' antara yang dilihat begitu kebal. Apakah penjelasan Ketua Polis Negara tentang perkara ini? (Kekebalan Ah Bee, rujuk di
sini).

Bagaimana pula isu anggota yang berpangkat tinggi yang ditahan atas dakwaan memiliki sejumlah wang dan juga dadah? Timbul persoalan yang amat serius, kenapa kes ini berjalan terlalu lama dan suspek masih lagi memegang jawatan serta telah disahkan perjawatannya? Rujuk di
sini.

Ketua Polis Negara wajar bersihkan imej PDRM serta mencontohi operasi SPRM, operasi sulit dan tidak perlu hebahkan dalam akhbar atau media elektronik tentang serbuan yang bakal dibuat. Itu seperti memberitahu sipencuri bahawa kita hendak menangkapnya dan memberi peluang sipencuri melarikan diri.

Kesimpulannya, kenyataan Tan Sri Musa Hassan tentang gejala rasuah dikalangan anggota keselamatan perlu dibenteras sehingga ke akar umbi kalau ingin melihat kejayaan operasi yang dilakukan oleh pasukan keselamatan negara.

No comments:

Post a Comment