KOTA BHARU - Seorang lelaki dipenjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua kesalahan samun dan cabul dua beranak pada Januari lalu.
Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Khairul Ikhwan Mohamed, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Penganggur itu didakwa bersama-sama seorang lagi lelaki yang masih bebas telah merompak seorang wanita berusia 56 tahun serta anak perempuannya berusia 22 tahun melibatkan kerugian RM200,000.
Bagi pertuduhan kedua dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap gadis tersebut dengan niat untuk mencabul kehormatannya.
Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Sultan Yahya Petra di sini kira-kira pukul 3.30 pagi pada 18 Januari lalu.
- Kosmo
gambar hiasan
No comments:
Post a Comment