Kluang: Lelaki warga emas berusia awal 70-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan tiga kesan tetakan di kepala di Jalan Stesen, Bandar Kluang, di sini, 6.30 pagi tadi.
Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di kaki lima deretan kedai dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Saksi dikenali sebagai Pardev, 62, berkata, mangsa dipercayai peneroka FELDA di sekitar Kahang sering datang ke kedai berkenaan.
Saksi yang menyedari bahagian kepala mangsa berdarah kemudian menghubungi rakannya sebelum hubungi ambulan yang mengesahkan kematian mangsa sebaik tiba.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Mohd Noor Mohamad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan katanya siasatan lanjut masih diteruskan bagi mencari punca sebenar kematian lelaki itu.
- HM
No comments:
Post a Comment