Thursday, 7 May 2015

Murid Tahun 2 Positif H1N1



Shah Alam: Seorang murid perempuan tahun dua Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, di sini, disahkan dijangkiti virus Influenza A H1N1.

Pengarah Kesihatan Selangor, Dr S Balachandran berkata, murid berusia lapan tahun itu disahkan dijangkiti virus itu selepas pihaknya menjalankan siasatan dan meneliti laporan kesihatannya.

Menurut Balachandran, pihaknya turut menjalankan ujian saringan ke atas rakan sekelas murid terbabit dan mengesahkan mereka bebas daripada simptom virus berkenaan dan kini sedang dirawat di hospital swasta.

"Murid terbabit disahkan terkena jangkitan H1N1 namun kini kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan beberapa kaedah rawatan yang diperlukan bagi mengatasinya.

"Orang ramai digesa untuk memastikan tahap kebersihan diri dan persekitaran berada pada tahap terbaik bagi menghindar dari terkena virus berkenaan," katanya ketika dihubungi.

- HM

No comments:

Post a Comment