Semporna : Dua pekerja kolam ternakan berhadapan detik cemas apabila dirompak lima lelaki bersenjata api di Pulau Bait, awal pagi tadi.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 3 pagi selepas dua pekerja terbabit dikejutkan kedatangan lima lelaki yang memakai topeng dan bersenjata api di kawasan kolam berkenaan.
Tiga lelaki itu naik ke kawasan kolam sebelum meminta pekerja menyerahkan semua telefon bimbit dan turut mengambil beberapa barangan lain termasuk komputer riba, enjin sangkut serta wang tunai.
Suspek juga turut bertanya mengenai majikan namun kedua-dua pekerja menjawab bahawa majikan mereka berada di Semporna sebelum suspek melarikan diri ke arah Timbun Mata.
Bagaimanapun, difahamkan tiada sebarang tembakan dilepaskan dalam kejadian terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan kes masih dalam siasatan pol
- HM
No comments:
Post a Comment