Saturday, 2 May 2015

Pekebun Sayur Ditetak Putus Tangan



Kuala Pilah: Seorang pekerja kebun sayur di Kampung Sungai Jelutong, Kuala Pilah putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak rakannya, malam tadi.

Dalam kejadian 10.15 malam itu, mangsa yang juga warga Myanmar berusia 20-an diserang empat rakan senegaranya berusia 13 tahun hingga 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, pergaduhan itu dipercayai berlaku kerana mangsa tidak membayar hutang salah seorang suspek.

"Suspek tidak puas hati lalu mengeluarkan parang dan melibas ke arah mangsa.

Mangsa cuba mempertahankan diri dengan tangan menyebabkan pergelangan tangan kirinya putus manakala tangan kanan patah," katanya.

Menurut Azmi, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) manakala keempat-empat suspek ditahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

- HM

No comments:

Post a Comment