Saturday, 2 May 2015

Pelajar Simpan Imej Pornografi Ditamatkan Pinjaman



Putrajaya: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menamatkan serta merta pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmer Nordin, 23, selepas dia didapati bersalah memiliki 30,000 imej pornografi kanak-kanak oleh mahkamah di United Kingdom (UK).

MARA dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini pihaknya sudah mengambil tindakan menggantung pinjaman pelajar jurusan Matematik Kolej Imperial London itu sejak November tahun lalu.

Menurutnya, tindakan menggantung pinjaman pelajar terbabit dibuat ketika dia mula ditahan reman atas pertuduhan memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak.

"Justeru, dia dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang disalurkan kepadanya.

"MARA memandang berat kesalahan yang dilakukan mana-mana pelajar di bawah tajaan organisasi ini untuk memastikan hasrat negara melahirkan modal insan cemerlang dan berintegriti dapat dicapai," katanya, hari ini.

Pada 30 April lalu, media antarabangsa melaporkan seorang pelajar genius Matematik dari Malaysia dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah di UK selepas didapati bersalah memiliki 30,000 imej pornografi kanak-kanak.

- HM

No comments:

Post a Comment