Klang: Seorang lelaki warga Sri Lanka yang menjaga kedai pengurup wang di Jalan Tengku Kelana, di sini, berdepan detik mencemaskan apabila diacukan parang di leher sebelum wang tunai RM5,700 di kedainya dilarikan pagi tadi.
Dalam kejadian kejadian samun pada 10.30 pagi itu , suspek memakai jaket hitam dan topi keledar berpenutup hitam meletakkan parang di leher warga Sri Lanka itu selepas berpura-pura untuk menukar wang sebanyak RM4,000.
Selepas itu, suspek mengambil wang berkenaan dan masuk ke dalam dalam kaunter dan seterusnya melarikan wang tunai sebanyak RM1,700 daripada laci kaunter sebelum melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan , Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, gerakan mengesan suspek kini giat dijalankan.
- HM
No comments:
Post a Comment