Johor Bahru: Mayat seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemui dalam keadaan tangan terikat di hutan berhampiran tokong Cina di Lima Kedai, Gelang Patah, di sini, kelmarin.
Mayat lelaki berusia 40-an itu ditemui orang awam jam 3.20 petang di kawasan berkenaan yang kemudiannya menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, mayat lelaki itu dikenal pasti warga asing selepas dicamkan oleh abang mangsa.
Menurutnya, tempat kejadian adalah hutan bersebelahan ladang getah dan lebuh raya.
“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tangan terikat dan mangsa ditutup dengan rumput dipercayai bagi mengelakkannya daripada dijumpai.
“Unit Anjing Pengesan (K9) dan Forensik Polis dipanggil ke lokasi, tiada kesan pergelutan serta senjata ditemui,” katanya.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- HM
gambar hiasan
No comments:
Post a Comment