Thursday, 7 May 2015

Tahfiz Terbakar 3 Kali Dalam Sebulan



Dungun: Ada sesuatu yang tidak kena. Itulah persoalan yang timbul terhadap Pusat Pengajian Islam Tahfiz Ribat Assyafie yang tiga kali terbakar dalam tempoh sebulan.

Pusat pengajian yang terletak di Taman Murni Perdana, di sini, itu terbakar pada 6 April lalu, disusuli kebakaran kedua pada 25 April lalu yang memusnahkan dua blok asrama menempatkan 30 pelajar membabitkan kerugian lebih RM200,000.

Kejadian ketiga berlaku kira-kira jam 6 petang kelmarin mengakibatkan bangunan pentadbiran pusat pengajian terbabit musnah dengan kerugian dianggarkan lebih RM100,000.

Penolong Pengurus Pusat Pengajian Islam Tahfiz Ribat Assyafie Azam Halizam Hamid berkata, ketika kejadian dia bersendirian di dalam pejabat melakukan kerja pentadbiran sementara menunggu kontraktor membaiki kemusnahan kebakaran lalu.

Katanya, dia tercium bau hangus dari belakang pejabatnya sebelum membuat pemeriksaan.

- HM

No comments:

Post a Comment