Tuesday 2 June 2015

Kontraktor Parah Ditembak Dileher


Kuantan: Kontraktor parah di leher selepas ditembak individu tidak dikenali ketika menunggu rakannya di tempat letak kereta hotel di Indera Mahkota, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada 1.20 pagi itu, mangsa, Mohd Isa Ismail, 44, dari Chukai, Terengganu, sedang menunggu rakan perempuannya di dalam kereta di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang menaiki kereta sebelum mendengar beberapa das tembakan yang dilepaskan ke arahnya.
"Suspek dipercayai melepaskan tembakan dari belakang cermin kereta mangsa sebelum terkena leher lelaki itu.
Suspek bertindak melarikan diri dan ketika itu tiada individu lain berhampiran lokasi kejadian.
"Kejadian itu menyebabkan mangsa parah di leher akibat terkena tembakan sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini.
- HM

No comments:

Post a Comment