Tuesday 2 June 2015

Penyamun Menyelinap Ke Dalam Rumah


Kota Bharu: “Ketika kejadian itu, saya hanya fikirkan keselamatan suami yang sedang tidur di ruang tamu,” kata seorang guru wanita yang enggan dikenali selepas disamun dua lelaki di rumahnya di Kampung Kubang Bongor, Melor, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi, dua suspek itu masuk ke rumah mangsa dengan memotong jeriji tingkap di sebuah bilik sebelum menyelongkar barang di ruang tamu dan melarikan seberkas kunci termasuk kunci rumah dan kenderaan.

Suspek turut melarikan wang dan kenderaan Toyota Harrier yang dianggarkan bernilai RM50,000.
Guru berusia 58 tahun itu berkata, ketika kejadian dia tidur di dalam bilik manakala suaminya berusia 63 tahun tidur di ruang tamu.
“Saya hanya tersedar selepas terdengar benda jatuh di tepi bilik dan bangun untuk melihatnya. Sebaik membuka pintu, seorang daripada suspek mengacukan besi panjang ke arah saya sebelum saya segera mengunci pintu dan menelefon 999 untuk meminta bantuan.

No comments:

Post a Comment